RSS

Category Archives: Berita

Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 2011 kali pertama

Tarikh: 25 Januari 2011

Masa: 8.30 pagi

Perjumpaan diadakan bagi memantapkan lagi persiapan anak-anak mereka dalam menghadapi  ujian UPSR yang akan datang. Diharapkan dengan pertemuan ini akan dapat menghasilkan keputusan UPSR yang lebih cemerlang. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada YDP PIBG kerana sudi merasmikan perjumpaan tersebut. Juga ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir keperjumpaan ini.

 

518,616 calon UPSR bakal jadi penanda aras PPSMI

PUTRAJAYA 9 Sept. – Seramai 518,616 murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini akan menjadi penanda aras kepada kelangsungan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, mereka adalah kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu setelah PPSMI diperkenalkan pada 2003.

“Bagaimanapun, kertas soalan untuk kedua-dua mata pelajaran itu masih disediakan dalam dwibahasa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Rendah Kebangsaan Putrajaya Persint 11 (1) di sini hari ini.

Alimuddin berkata, penetapan dasar PPSMI sama ada akan diterus atau sebaliknya tidak terhad kepada keputusan yang bakal diperoleh calon tahun ini.

“Keputusan itu hanya menjadi sebahagian daripada perbandingan. Banyak lagi faktor lain akan diambil kira termasuk cadangan dan pandangan daripada pelbagai pihak menerusi perbincangan meja bulat,” katanya. – Bernama

Blogged with the Flock Browser
 

UPSR Datang lagi…

Selamat menghadapi Ujian Percubaan Sekolah Rendah kepada semua pelajar-pelajar SK Tembangau 1. Selamat berjaya…

Blogged with the Flock Browser
 
1 Comment

Posted by on 09/09/2008 in Berita

 

Persediaan Menghadapi UPSR

Tiga minggu lagi murid tahun enam akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Apakah persediaan anda sudah cukup untuk menghadapi peperiksaan penting yang bakal mengukur tahap kemampuan anda di sekolah rendah?

Pada masa ini, kebanyakan calon pasti sudah menduduki peperiksaan percubaan UPSR sama ada pada peringkat sekolah mahupun negeri.

Apakah keputusan yang telah diperoleh? Bagaimanakah prestasi anda? Adakah anda memperoleh keputusan terbaik seperti yang benar-benar ada idamkan?

Apapun keputusan yang telah diperoleh, jangan terlalu gembira atau bersedih. Masih ada masa untuk calon memperbaiki keputusan itu.

Peperiksaan percubaan adalah medan terbaik untuk mengukur tahap persediaan dan pemahaman calon dalam menjawab soalan aras UPSR sebenar.

Justeru sebaik memperoleh keputusan percubaan, calon masih ada sedikit masa untuk memperbaiki kelemahan dan memberi tumpuan penuh kepada mata pelajaran yang masih lemah.

Menurut guru tahun enam Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, Cikgu Zamri Hashim, peperiksaan percubaan diadakan bertujuan memberi pendedahan awal mengenai konsep dan bentuk soalan yang akan disoal semasa peperiksaan sebenar.

Katanya, konsep soalan perlu dikuasai sepenuhnya kerana ramai murid hilang markah apabila menjawab soalan tanpa memahami apa yang dikehendaki oleh soalan.

“Biasanya, peperiksaan percubaan diadakan tiga minggu atau sebulan sebelum UPSR sebenar. Jarak masa antara kedua-dua peperiksaan itu memberi peluang murid memperbaiki diri.

“Bagaimanapun, jangan terlalu memaksa diri untuk melipatgandakan latihan dan mengulang kaji kerana ia tidak baik untuk kesihatan.

“Paling penting, murid perlu mendapat rehat yang cukup dan beri tumpuan kepada teknik menjawab soalan. Sekarang bukan masanya lagi untuk memaksa otak dengan membuat terlalu banyak latihan,” katanya.

Guru Sains itu berpendapat soalan yang dikemukakan dalam UPSR sebenar biasanya tidak sesukar soalan peperiksaan percubaan.

Malah, beliau berkata, skala gred pencapaian juga mungkin berbeza berbanding peperiksaan percubaan.

Blogged with the Flock Browser
 
 

Isu Matematik, Sains dalam BI ke meja bulat

Isu Matematik, Sains dalam BI ke meja bulat

PUTRAJAYA 9 Julai – Kementerian Pelajaran akan mengadakan persidangan meja bulat bagi mengumpul dan meneliti hasil kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, siri pertama persidangan meja bulat PPSMI akan diadakan selama tiga hari, bermula 14 Julai ini.

Beliau berkata, pengumpulan hasil kajian itu penting untuk membolehkan kementerian mendapatkan gambaran tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi menentukan dasar sama ada PPSMI perlu dihentikan atau sebaliknya.

”Persidangan ini bertujuan meneliti semua laporan kajian, tinjauan dan pemantauan berkaitan dengan pelaksanaan PPSMI pada 2005 hingga 2008.

”Ia akan disertai oleh ahli akademik dan penyelidik dari dalam dan luar Kementerian Pelajaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, antara hasil kajian yang akan dibentangkan ialah pencapaian murid oleh Pusat Perkembangan Kurikulum kementerian.

Beliau menambah, hasil kajian berkaitan keberkesanan PPSMI pula akan dibentangkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, manakala kajian berkaitan pemantauan kolaboratif PPSMI oleh jemaah nazir sekolah.

”Juga dibentangkan ialah kajian yang dilakukan oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Teknologi MARA,” katanya.

Beliau berkata, peserta yang akan menghadiri persidangan itu terdiri daripada ketua-ketua jabatan di bahagian profesional, penyelidik dan pegawai pelaksana di Kementerian Pelajaran serta IPTA.

”Peserta juga terdiri daripada wakil Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Majlis Pengetua, Majlis Guru Besar dan naib canselor IPTA.

”Saya berharap majlis ini dapat menghasilkan perbincangan yang telus dan objektif serta berfokuskan kepada hasil daripada kajian yang dibentangkan,” katanya.

Blogged with the Flock Browser
 
1 Comment

Posted by on 10/07/2008 in Berita

 

Ujian PPSMI

Selamat berjaya kepada semua guru-guru SK Tembangau 1 yang akan menghadapi ujian bahasa inggeris PPSMI di SMK Tembangau esok. Good luck!

Blogged with the Flock Browser
 
1 Comment

Posted by on 27/06/2008 in Berita

 

Comment on Sedia Kaji Semula PPSMI (Written by azeri)

To’Ki > Alatan PPSMI apa ceritanya… show comment

View Original Article

Blogged with the Flock Browser
 
1 Comment

Posted by on 23/06/2008 in Berita

 

Penilaian PPSMI

Blogged with the Flock Browser
 

Taklimat Mengenai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 tahun 2008 : Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Persaraan Wajib Kepada 58 Tahun

Blogged with the Flock Browser
 

Memo BSM – Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Persaraan Wajib Kepada 58 Tahun

Blogged with the Flock Browser
 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.