




Salam buat semua,
SK Tembangau 1 telah menyahut seruan kerajaan dengan mengadakan larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang diadakan serentak seluruh negara.
Larian bermula pada pukul 7 pagi dan dilepaskan oleh Yang Dipertua PIBG iaitu En. Roslan bin Jaafar. Selepas upacara larian, murid mengadakan pula sukan tarik tali di antara kelas-kelas.
Selepas upacara tersebut, upacara penyampaian hadiah telah diadakan.
Tahniah kepada semua warga SK Tembangau 1 yang telah menjayakan aktiviti tersebut.
Wassalam
Advertisement