Tiga minggu lagi murid tahun enam akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Apakah persediaan anda sudah cukup untuk menghadapi peperiksaan penting yang bakal mengukur tahap kemampuan anda di sekolah rendah?
Pada masa ini, kebanyakan calon pasti sudah menduduki peperiksaan percubaan UPSR sama ada pada peringkat sekolah mahupun negeri.
Apakah keputusan yang telah diperoleh? Bagaimanakah prestasi anda? Adakah anda memperoleh keputusan terbaik seperti yang benar-benar ada idamkan?
Apapun keputusan yang telah diperoleh, jangan terlalu gembira atau bersedih. Masih ada masa untuk calon memperbaiki keputusan itu.
Peperiksaan percubaan adalah medan terbaik untuk mengukur tahap persediaan dan pemahaman calon dalam menjawab soalan aras UPSR sebenar.
Justeru sebaik memperoleh keputusan percubaan, calon masih ada sedikit masa untuk memperbaiki kelemahan dan memberi tumpuan penuh kepada mata pelajaran yang masih lemah.
Menurut guru tahun enam Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, Cikgu Zamri Hashim, peperiksaan percubaan diadakan bertujuan memberi pendedahan awal mengenai konsep dan bentuk soalan yang akan disoal semasa peperiksaan sebenar.
Katanya, konsep soalan perlu dikuasai sepenuhnya kerana ramai murid hilang markah apabila menjawab soalan tanpa memahami apa yang dikehendaki oleh soalan.
“Biasanya, peperiksaan percubaan diadakan tiga minggu atau sebulan sebelum UPSR sebenar. Jarak masa antara kedua-dua peperiksaan itu memberi peluang murid memperbaiki diri.
“Bagaimanapun, jangan terlalu memaksa diri untuk melipatgandakan latihan dan mengulang kaji kerana ia tidak baik untuk kesihatan.
“Paling penting, murid perlu mendapat rehat yang cukup dan beri tumpuan kepada teknik menjawab soalan. Sekarang bukan masanya lagi untuk memaksa otak dengan membuat terlalu banyak latihan,” katanya.
Guru Sains itu berpendapat soalan yang dikemukakan dalam UPSR sebenar biasanya tidak sesukar soalan peperiksaan percubaan.
Malah, beliau berkata, skala gred pencapaian juga mungkin berbeza berbanding peperiksaan percubaan.
Farah Najihah Ithnin said,
4, September, 2008 at 6:05 am
Salam,cikgu saya rasa tak sabar nak menduduki upsr tapi saya takut nak menghadapinya.Boleh tak cikgu menolong saya untuk mengatasi masalah ini?
Athira Syafiqah Adanan said,
4, September, 2008 at 6:23 am
Assalamualaikum,cikgu hari untuk UPSR semakin tiba.Saya berasa sungguh berdebar-debar untuk mendudukinya.Boleh tak cikgu bantu saya untuk mengatasi masalah saya ini?
Farah Najihah Ithnin said,
4, September, 2008 at 6:26 am
Assalamualaikum,cikgu saya rasa tak sabar untuk mengambil UPSR,tapi saya takut untuk mendudukinya.Boleh tak cikgu bantu say untuk mengatasi masalah saya ini?
Syaza said,
8, September, 2008 at 3:03 pm
saya bernama syaza bin suran,anak bongsu dari 6 beradik…saya anak yang paling bodoh dalam keluarga….kakak dan abg saya semua dah berkerja
kakak 1-enggenieer
kakak 2-enggenieer
abang 1-akitek
abang 2-Enggenieer Perisian Komputer di England
abang 3-Falsafah matematik di US
jadi saya minta bantuan encik dapat memberi cara bagaimana nak menghadapi UPSR…ibu saya sering menumpahkan air mata kerana saya mendapat keputusan yang tak cemerlang…tapi pada Pra-UPSR hari tu saya mendapat keputusan 4A1C…ibu saya merotan kerana ada C dlm ujian itu…sedangkan subjek lain saya dpt dengan cemerlang…subjek yang paling saya lemah adalah sains…boleh tak encik terangkan macam mana nak study smart…saya nak berjaya demi ibu kesayangan saya…kalau lah encik mulia orangnya berilah saya caru untuk belajaR DENGAN SEMPURNA….wabillah hitaufik wassalammualaikum warahmatullah hiwabahrokatuh…
Arni said,
8, September, 2008 at 3:06 pm
Encik yang amat mulia….bagilah murid diatas ini berjaya…sebah dan sedih saya membaca ceritanya diatas…dia seorang insan yang sangat mulia…walaupun ibunya sebegitu kejam tetapi dia tidak berputus asa demi ibu yang dia cinta…saya harap encik dabat membantu insan diatas itu…~