http://my.news.yahoo.com/bajet-2012-najib-kaji-bonus-lumayan-atau-naik-211002515.html
PROGRAM UPSR DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011







Pihak sekolah telah mengadakan satu majlis sambutan hari raya aidilfitri dan juga penyerahan peralatan bagi peperiksaan UPSR 2011.
Guru Besar En. Kamaludin bin A. Rahman telah sudi menyerahkan peralatan peperiksan di majlis tersebut.
Sambutan diteruskan dengan majlis sambutan hari raya.
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga pendidik dan kakitangan SK Tembangau 1.
Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia SK Tembangau 1





Salam buat semua,
SK Tembangau 1 telah menyahut seruan kerajaan dengan mengadakan larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang diadakan serentak seluruh negara.
Larian bermula pada pukul 7 pagi dan dilepaskan oleh Yang Dipertua PIBG iaitu En. Roslan bin Jaafar. Selepas upacara larian, murid mengadakan pula sukan tarik tali di antara kelas-kelas.
Selepas upacara tersebut, upacara penyampaian hadiah telah diadakan.
Tahniah kepada semua warga SK Tembangau 1 yang telah menjayakan aktiviti tersebut.
Wassalam
Hari Guru 2011










Selamat Hari Guru,
Kepada semua warga pendidik SK Tembangai 1. Jasa dan pengorbanan yang guru curahkan kepada anak murid amat dihargai. Cabaran dan dugaan adalah sebagai asam garam kepada hidup seorang guru.
Sambutan hari guru di SK Tembangau 1 dimulakan dengan perhimpunan pagi. Acara dimulai dengan bacaan perutusan hari guru daripada Menteri Pelajaran yang sobaca oleh GPK 1 Puan Ramnah bt.Adam. Acara seterusnya ialah sukaneka, persembahan murid dan juga persembahan daripada guru-guru.
Selamat hari guru lepada semua guru di seluruh Malaysia.
Perkhemahan pengakap pertama SK Tembangau 1











Perkhemahan pengakap kali pertama akan berlangsung selama 3 hari bermula jumaat hingga ahad.
Peneraju utama perkhemahan pengakap kali ini diketuai oleh Cikgu Mohd. Amin bin Ramly. En. Jauhari bin Hj. Abdul Rahim, Cik Maisara bt Othman. Cik Najahatul Abadiah bt Abas. En. Mohd Sabri. En. Shahrulazman dan semua guru SK Tembangau 1.
Di dalam perkhemahan ini anggota pengakap didedahkan dengan ilmu kepengakapan seperti ikrar pengakap, persetiaan pengakap, undang-undang pengakap dan juga ilmu pengakap yang lain.
Selamat berkhemah!
Potong kek hari jadi
Buat pertama kali BAKSA menghadiahkan kek buat tiga orang guru yang menyambut hari jadi dalam bulan Januari ini. Mereka ialah Puan Noriza Mansor, En. Mohd. Amin bin Ramly dan Puan Nurulhidaya Bt. Yahaya.
“SELAMAT HARI JADI”
Hujan…
Emm hujan yang berlarutan menyukarkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah. Ramai yang tidak hadir kerana hujan. Hujan… ada masa amat diperlukan. Ada masa menjadi ujian. Tabahkan hati menerima ujian Allah s.w.t. Kepada semua jangan jadikan hujan sbagai penghalang.
Hari Anugerah SK Tembangau 1 2010
Hari Q bagi Tahun 2010 telah diadakan pada 27 Januari 2011. Perasmian telah dibuat oleh En. Mohamad wakil Pengurus FELDA Tembangau 1. Kategori hadiah ialah 5A, Pencapaian terbaik dalam kelas, mata pelajaran terbaik, hadiah kedatangan penuh, peningkatan pencapaian dan Pelajar TerbaikUPSR 2010.
Tahniah kepada semua yang berjaya.
Ucapan Tuan Guru Besar, Encik Mohd. Norawi Bin Abd Rani.
Ibu bapa yang hadir.
Encik Mohamad wakil Pengurus FELDA Tembangau 1.
Antara murid yang menerima hadiah Hari Q.
Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 2011 kali pertama
Tarikh: 25 Januari 2011
Masa: 8.30 pagi
Perjumpaan diadakan bagi memantapkan lagi persiapan anak-anak mereka dalam menghadapi ujian UPSR yang akan datang. Diharapkan dengan pertemuan ini akan dapat menghasilkan keputusan UPSR yang lebih cemerlang. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada YDP PIBG kerana sudi merasmikan perjumpaan tersebut. Juga ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir keperjumpaan ini.













